Monday, 4 February 2013

Sifat dengki mendengki dan iri hati sang manusia =_="

Manusia oh manusia! Susah kan sang2 manusia nih untuk lari dari sifat dengki dan iri hati. Ada jugak sesetengah manusia yang pantang tengok orang lain lebih dari diri dia sendiri. Asal nak menang je, lepas tuh bila orang senang sikit mula lah nak buat cerita, nak tabur fitnah. Tak baik memfitnah cik akak, cik abang woi kalau tak ada bukti. Lebih baik hamba2 semua bunuh je semua manusia yang uolss nak fitnah tuh, tau takk?? 'Dosa memfitnah itu lebih buruk dari membunuh' Astagfirullahalazim, mintak di jauh kan segala rasa semua tuh, takut wehh. Dah takde kerja lain nak buat sangat ke dah sampai nak sibuk dok jaga tepi kain orang. Nak jaga tu boleh kain orang tapi jangan lah sampai terselak kain tuh, Maksudnya sama lah macam jangan sampai maruah seseorang tuh tercalar dek kerana uolss terlebih jaga kain mereka. Manusia tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dorang dapat, ade je yang nak merungut. Allah tuh maha Adil kan, jangan lah nak cemburu dengan orang lain. Ikut macam kes aku pulak nih, naik menyirap jugak darah nih rasa nya, entah manusia mane entah yang sibok sangat nak jaga aku. Sakit mata ker dok tengok aku ngn die dok berkepit je?? dah korang jugak bagi kerja sama-sama kat kitorang then bile dah dok asyik berkepit je kene tegur. Bukan tak boleh terime teguran tapi agak2 lah, cara tegur tuh macam kitorang nih dah buat maksiat je, pegang tangan pun tak. Aishhh, sabar je lah, nasib baik tengah praktikal. Kene ikut lah semua kata orang atasan kang tak pasal2 kene repeat. Tak sanggup dah mak jemah nih, hmm. Bersabar lah wahai hati, janji kita tahu apa yang kita buat tuh. Terpaksa terima teguran tuh dengan hati yang terbuka, mungkin untuk elakkan apa2 yang buruk kan tapi pandang2 lah kiri kanan dulu, dont judge a book by its cover okay! Cakap lah apa yang diorang nak cakap, malas dah nak ambik kisah. Janji kita tak kacau orang, biar lah orang nak buat kita. In Shaa Allah, Dia ade sentiase untuk membantu hamba2Nya. Ameen :)

*moral of the story: berjaga-jagalah perlakuan anda di mana saja anda berada. Jangan sampai orang memburukkan kita. We Fight For Right!